Wednesday, January 18, 2012

Hari Terakhir Sebagai Seorang Penjawat Awam



Tanggal 30 Disember 2011, jam 5.00 petang merupakan kali terakhir aku "punch-out" dari pejabat di Medan MARA. Lama benor rasanya aku korje ngan gomen ni. Kira punya kira, diam tak diam dah 35 tahun aku berkhidmat. Aku ambil keputusan untuk bersara awal pada 02 Januari 2012, walaupun dah sain untuk bersara pada umor 56. Bukannya apa, dah lama sangat kerja, terasa penat dan bosan pulak bila mengadap kerja yang sama setiap hari. Atas sebab itu aku mengambil keputusan untuk bersara awal. Sekarang aku bebas dan boleh buat apa saja yang aku suka.




(Hari terakhir sebagai seorang penjawat awam)



Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan sepejabat yang telah mengadakan jamuan bagi meraikan persaraan aku. Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberikan aku cenderahati. Semoga Allah akan membalas segala usaha baik mereka.
Mulai awal tahun ini, maka jadilah aku seorang suri rumah. Sekarang kerja harian aku adalah mengemas rumah dan memasak. Kelakar, kan?