Wednesday, March 24, 2010

Berek Polis Sentul












Ini gambar aku masa kecil dulu dirakamkan di Berek Polis Sentul sekitar tahun 1959 sewaktu tokde berumur 3+ tahun.

Berdiri di barisan belakang no. 2 dari kiri tu mak aku. Yang lain-lain tu aku tak ingat tapi depa tu kengkawan/jiran mak di berek tu.

Barisan depan dari kiri: norbayah, sharifah (kakak aku), aku & lokman.

Ntah manalah agaknya kengkawan aku & makcik-makcik tu sekarang ni. Tentu ada di antara mereka tu dah tak ada lagi kot. Dulu-dulu ada gak teringin nak berjumpa semula ngan depa tu tapi tak tahu mana nak mula. Tentu seronok kalau dapat jumpa semula, kan?



Sebelum tu...aku dilahirkan di Jasin, Melaka tetapi dibesarkan di KL sebab ayah seorang anggota polis, so kenalah ikut ke mana ayah ditugaskan. Seingat aku, kami pernah tinggal di Sentul, Kuala Kubu Bahru & Kampong Bahru. Sewaktu aku berumur 5 tahun dan nak mula bersekolah (aku mula bersekolah ketika umur 6 tahun), kami sekeluarga pindah balik kampong & bina rumah tapi ayah masih bertugas di Balai Polis Jalan Bandar, KL. Ayah aku akan balik setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali untuk menjenguk kami. Tiap kali cuti penggal, aku akan ikut ayah duduk di KL sehingga habis cuti penggal persekolahan.






Hari ini dalam sejarah



Hari ini aku dan beberapa staff daripada Bahagian Kemahiran dihantar untuk berkursus di KKTM Petaling Jaya, belajar macam mana nak buat blog sendiri. Kelakar....pada usia yang telah menjangkau setengah abad, baru berpeluang untuk buat semua ini. Yelah....zaman dah berubah, dunia dah semakin maju, mahu tak mahu kita terpaksa ikut jika mahu berubah dan maju bersama teknologi maklumat di dalam dunia tanpa sempadan ini. Apa pun, aku bersyukur kerana mendapat peluang menimba satu lagi ilmu dalam bidang ICT ini.

Sebenarnya, 2 posting awal ini direka semasa berkursus sebagai latihan kefahaman. Rasanya bagi yang selalu duduk depan PC - tiada masalah - bila dah faham bolehlah dimahirkan kemudian. Dengan sedikit kefahaman ini, aku akan cuba sebaik mungkin untuk mahir dengan membuat posting dari masa ke semasa, insyaAllah.