Monday, February 27, 2012
Riadah Keluarga
Wednesday, January 18, 2012
Hari Terakhir Sebagai Seorang Penjawat Awam
(Hari terakhir sebagai seorang penjawat awam)
Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan sepejabat yang telah mengadakan jamuan bagi meraikan persaraan aku. Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberikan aku cenderahati. Semoga Allah akan membalas segala usaha baik mereka.
Mulai awal tahun ini, maka jadilah aku seorang suri rumah. Sekarang kerja harian aku adalah mengemas rumah dan memasak. Kelakar, kan?
Wednesday, November 23, 2011
Tak menang tangan
Sunday, June 20, 2010
Sakitnya hati ini
Ingat nak kena p Honda gak kot. Tak taulah berapa nak kena ketok. Semalam tu budak cina tu nak ketok RM240. Kat Honda tak taulah berapa. Susah-susah tukar sistem remote yang biasa jer, senang sket. Harga pun taklah terok sangat kot.
Hai...macam-macam hal sebulan dua ni. Dua bulan lepas radiator bocor dan air-cond rosak. Kat RM1000 gak kopak repair natang tu. Bulan lepas lagi sedap, kahkahkah...sampai lupa nak idupkan insurance & road tax. Dah terlepas seminggu. Masa nak hidupkan road tax, ada saman plak. Kenalah bayar saman dulu kat balai trafik Jln Tun HS Lee ...kopak RM300...pada muka aku. Sudahnya RM1300 gak melayang.
Wednesday, April 28, 2010
No Entry
Sejak balik kursus tempoh hari, tak jengok-jengok pon blog ni, cuma orang jer dok jengah-jengah. Sori ler pasal lama tak buat posting. Bukan apa.... pc kat umah rosaklah pulak. Ni pun curi-curi buat entry kat ofis. Tak syok pulak rasanya kalu ada member or boss nampak.
Wednesday, March 24, 2010
Berek Polis Sentul
Ini gambar aku masa kecil dulu dirakamkan di Berek Polis Sentul sekitar tahun 1959 sewaktu tokde berumur 3+ tahun.
Berdiri di barisan belakang no. 2 dari kiri tu mak aku. Yang lain-lain tu aku tak ingat tapi depa tu kengkawan/jiran mak di berek tu.
Barisan depan dari kiri: norbayah, sharifah (kakak aku), aku & lokman.
Ntah manalah agaknya kengkawan aku & makcik-makcik tu sekarang ni. Tentu ada di antara mereka tu dah tak ada lagi kot. Dulu-dulu ada gak teringin nak berjumpa semula ngan depa tu tapi tak tahu mana nak mula. Tentu seronok kalau dapat jumpa semula, kan?
Sebelum tu...aku dilahirkan di Jasin, Melaka tetapi dibesarkan di KL sebab ayah seorang anggota polis, so kenalah ikut ke mana ayah ditugaskan. Seingat aku, kami pernah tinggal di Sentul, Kuala Kubu Bahru & Kampong Bahru. Sewaktu aku berumur 5 tahun dan nak mula bersekolah (aku mula bersekolah ketika umur 6 tahun), kami sekeluarga pindah balik kampong & bina rumah tapi ayah masih bertugas di Balai Polis Jalan Bandar, KL. Ayah aku akan balik setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali untuk menjenguk kami. Tiap kali cuti penggal, aku akan ikut ayah duduk di KL sehingga habis cuti penggal persekolahan.
Hari ini dalam sejarah
Hari ini aku dan beberapa staff daripada Bahagian Kemahiran dihantar untuk berkursus di KKTM Petaling Jaya, belajar macam mana nak buat blog sendiri. Kelakar....pada usia yang telah menjangkau setengah abad, baru berpeluang untuk buat semua ini. Yelah....zaman dah berubah, dunia dah semakin maju, mahu tak mahu kita terpaksa ikut jika mahu berubah dan maju bersama teknologi maklumat di dalam dunia tanpa sempadan ini. Apa pun, aku bersyukur kerana mendapat peluang menimba satu lagi ilmu dalam bidang ICT ini.
Sebenarnya, 2 posting awal ini direka semasa berkursus sebagai latihan kefahaman. Rasanya bagi yang selalu duduk depan PC - tiada masalah - bila dah faham bolehlah dimahirkan kemudian. Dengan sedikit kefahaman ini, aku akan cuba sebaik mungkin untuk mahir dengan membuat posting dari masa ke semasa, insyaAllah.